Friday 3 June 2011

Tazkirah Jumaat Penghulu Segala Hari

SILATURAHIM KERANA ALLAH
LEBIH KUAT, TEGUH

Mereka yang harapkan ganjaran 
duniawi daripada teman bukan 
sahabat sejati.
KERANA orang mukmin adalah 
bersaudara, maka wanita tidak 
terkecuali dalam membina 
ukhwah sesama Muslim. Ikatan 
persahabatan yang tulus dan 
ikhlas berbeza dengan cara 
dilakukan oleh bukan Muslim 
kerana silaturahim yang dibina 
kerana Allah lebih kuat dan teguh.

Ia disebabkan iman setiap orang 
mukmin kepada Allah 
disambungkan kepada saudara 
seagama menjadikan pertautan 
hati dan jiwa serta akal dan rohani 
yang tiada taranya.

p/s:  Sebab itulah ada persahabatan 
yang erat dan berpanjangan melebihi 
hubungan persaudaraan......

No comments:

Post a Comment